MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, EXCO ASRAMA, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS SPBT, KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Exco Asrama, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas telah berlangsung dengan jayanya pada Isnin, 2 Februari 2026, bertempat di Dewan Saidina Ali, bermula jam 8.00 pagi.
Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh Inspektor Mohd Hanif bin Dzulkifli, Pegawai Perhubungan Sekolah. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kepimpinan berintegriti, disiplin diri serta tanggungjawab sebagai contoh teladan kepada warga sekolah.
Berapa orang pelajar terpilih telah menerima watikah pelantikan sebagai pengiktirafan rasmi atas kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh pihak sekolah. Majlis ini bertujuan melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa, berdisiplin dan mampu membantu pihak sekolah dalam pengurusan serta pembangunan sahsiah pelajar.
Majlis berlangsung dalam suasana tertib dan penuh bermakna, diakhiri dengan sesi penyampaian watikah serta rakaman kenangan. Diharapkan pelantikan ini dapat menyuntik semangat baharu kepada para pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan komitmen.

0 komen