Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Lawatan Ilmiah Maahad As-Sultan Ahmad Shah ad Dini ke Surabaya dan SD Lab Universitas Negeri Malang

Bagi meraikan kejayaan, Seramai 20 orang pelajar cemerlang SMA dan SPM 2024 Maahad As-Sultan Ahmad Shah ad Dini telah menyertai Lawatan Ilmiah ke Surabaya dan Sekolah Dasar Laboratorium, Universitas Negeri Malang (UNM) pada 14 hingga 17 Julai 2025. 

Lawatan ini merupakan anjuran bersama PIBG MaahadSAS, Yayasan Badan Pengembangan Laboratorium Pendidikan Universitas Negeri Malang, dan SD Lab UNM.

Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang mengikuti sesi perkongsian ilmu, melawat fasiliti pendidikan, serta terlibat dalam aktiviti kebudayaan dan pendidikan bersama Mahasiswa di Universiti Malang di Indonesia. 

Pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan keyakinan diri para pelajar, malah mempererat hubungan dua hala dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan Indonesia.

Lawatan ini merupakan salah satu usaha berterusan MaahadSAS dalam membentuk generasi pelajar yang berwawasan global dan berakhlak mulia.

Tag: #maahadsas2025

0 komen

Sila berikan komen anda di sini