Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiah Guai

28040 Temerloh Pahang Darul Makmur

HARI PELAPORAN AKADEMIK TINGKATAN 4 & 5

JUMAAT, 11 JULAI 2025, Hari Pelaporan Akademik bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memantau prestasi serta perkembangan sahsiah anak-anak, khususnya menjelang peperiksaan utama.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir dan memberi sokongan padu dalam usaha membentuk generasi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

"Bersama menuju kecemerlangan akademik dan akhlak mulia."

Tag: #HariPelaporan2025 #Tingkatan4Tingkatan5 #SMAAlIttifaqiahGuai #KecemerlanganPelajar #KerjasamaIbuBapaGuru #MenujuPeperiksaan #spm2025 #sma2025

0 komen

Sila berikan komen anda di sini