Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "Tahfiz"

Papar Artikel

UCAPAN MABRUK DAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN MENGHAFAZ AL-QURAN JUZ 30

Alhamdulillah seramai empat orang pelajar dari Kelas Tahfiz Tingkatan 1 Al-Abrar telah berjaya menyelesaikan hafazan Al-Quran Juz 30. Bacaan ayat-ayat Al-Quran Juz 30 ini adalah terdiri dari juz yang terakhir dan jamak disebut dengan Juz 'Amma tersusun dari 37 surah-surah pendek.

Mereka adalah diantara 30 orang pelajar yang telah berjaya memasuki Kelas Tahfiz di sekolah ini.  Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi dan terus istiqamah dalam perjuangan menyebarkan Al-Quran. 

Tag: Tahfiz 2019

Papar Artikel

TEMUJI KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 KE KELAS TAHFIZ

3 Januari 2019, Khamis: Sesi temuji bagi kemasukan Kelas Tahfiz telahpun diadakan dengan jayanya di Bilik Media 2. Seramai 72 orang pelajar telah menghadiri temuji tersebut. Surah wajib yang perlu dihafal adalah terdiri dari juzuk 1 hingga 5. 
 
Walaubagaimanapun hanya 30 orang pelajar sahaja telah berjaya melalui saringan tersebut. Temuji pada tahun ini telah dihakimi oleh 4 orang guru yang terdiri daripada guru-guru tahfiz dan juga guru-guru Al-Quran. Semoga Allah permudahkan segala...

Tag: 2019 Tahfiz

Papar Artikel

DAURAH TAHFIZ 2018

Tarikh        : 17 November 2018
Masa          : 8.00 am – 06.30 pm
Anjuran     : Kelas Tahfiz Smakt
Sasaran    : Pelajar Tahfiz SMAKT Tingkatan 1 & 2 Al-Abrar
Tempat      : Bukit Bendera Resort, Mentakab Pahang.

Penceramah : Ustaz Nor Hamizi Bin Jamaluddin
                       : Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Di Jabatan Agama Islam Pahang 

...

Tag: Tahfiz 2018

Papar Artikel

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL TAHFIZ

Peserta tahfiz dari SMA-Al-Khairiah Temerloh dan KOMTAQ (Kompleks Maahad Tahfiz Qardawi) bergambar bersama selepas selesai acara  Perlawanan Persahabatan Futsal Tahfiz di bawah anjuran SMA Al-Khairiah. Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat serta dapat memantapkan aktiviti kokurikulum bagi pelajar tahfiz. Semoga program seperti ini dapat melahirkan pelajar tahfiz yang cemerlang Al-Quran, akademik dan juga sukan.

Tag: Tahfiz 2018