Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "MASISUPA"

Papar Artikel

SARINGAN PESERTA MASISUPA 2018

SMAKT -  Saringan peserta ilmiah dan sukan untuk ke perlawanan di MASISUPA peringkat Zon kali ke-34 sedang giat dijalankan. Bagi acara ilmiah saringan peserta telah pun diadakan pada 24 Januari yang lalu. Manakala bagi  acara sukan pula saringan peserta sedang giat dijalankan pada minggu ini. MASISUPA peringkat Zon 3 akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto pada pertengahan bulan Mac 2018.

Tag: 2018 MASISUPA

Papar Artikel

ZON 3 DINOBAT JUARA (MASISUPA PERINGKAT PUSAT)

19 Mac 2017, Ahad: Pasukan Zon 3 sekali lagi telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (MASISUPA) kali ke-33 bagi tahun 2017. Apa yang boleh dibanggakan ialah Zon 3 telah berjaya  mengekalkan kejuaraannya sebanyak 3 kali berturut-turut. Pasukan Zon 3 telah disertai oleh peserta dari 6 buah Sekolah Menengah Agama yang terdiri daripada (SMA) Chenor, SMA Al-Khairiah, SMA Al-Wosto, SMA Pelangai, SMA Guai dan SMAR Darunnaim.  

MASISUPA di...

Tag: MASISUPA MASISUPA Pusat Kokurikulum smakt Aktiviti Zon 3 Juara Sukan Dan Ilmiah