Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini

Papar Artikel

BENGKEL TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN TINGKATAN 4 DAN 6

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 5 Februari 2018 (Isnin), guru tahfiz, Ustaz Anuar bin Daud telah mengadakan Bengkel Teknik Hafazan Al-Quran bagi pelajar tingkatan 4 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SMA dan STAM. Penceramah jemputan dalam bengkel tersebut ialah Ustaz Mohd Hasdi Bin Mohamed Al-Hafiz yang diadakan di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Tujuan bengkel ini ialah mendedahkan kepada para pelajar mengenai teknik menghafaz al-Quran dengan cara yang betul. Semoga para...

Tag: Bengkel Hafazan Al-Quran

Papar Artikel

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 4K

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 5 Februari 2018 (Isnin), Majlis Pelancaran Program 4K peringkat sekolah dirasmikan oleh Puan Noraini Binti Abdul Manap, Pengetua Ma’ahad SAS. Majlis tersebut dirasmikan semasa perhimpunan pagi di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS. Semoga para guru dan para pelajar khususnya memberi kerjasama untuk menjayakan program 4K bagi tahun 2018.

 

Tag: Pelancaran 4k

Papar Artikel

PROGRAM KEM NUQABA’ PERINGKAT SEKOLAH 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 2-4 Februari 2018 (Jumaat-Ahad), Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah telah menganjurkan Kem Nuqaba’ bertempat di Pantai Sepat, Kuantan dan program ini anjuran bersama Kem Akademi Azam Pantai Sepat, Kuantan.

Kem Nuqaba’ ini melibatkan seramai 100 orang pelajar terdiri daripada tingkatan 1hingga 6 yang memegang jawatan sebagai ketua kelas, pengawas sekolah dan exco asrama. Manakala bilangan guru pengiring seramai 6 orang iaitu 3 guru lelaki dan 3...

Tag: Kem Nuqaba'

Papar Artikel

MAJLIS PERASMIAN USRAH SESI 2018

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 29 Januari 2018 (Isnin), Badan Dakwah dan Ibadah Ma’ahad SAS telah mengadakan Majlis Perasmian Usrah sesi 2018. Majlis tersebut diadakan di Dewan Besar Saidina Ali, Ma’ahad SAS semasa perhimpunan pagi. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengetua Ma’ahad SAS, Puan Noraini binti Abdul Manap.

Program usrah merupakan satu agenda bulanan bagi setiap tahun di Ma’ahad SAS yang melibatkan semua pelajar asrama tingkatan 1 hingga 6. Tujuan usrah dilaksanakan...

Tag: perasmianusrah