MA’AHAD SAS FUN RUN DAN SUKAN TAHUNAN 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 9 Mac 2019 (Sabtu), Sukan Tahunan Ma’ahad SAS 2019 telah diadakan bertempat di padang sekolah. Sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua Ma’ahad SAS.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan pentabiran yang turut memberi sokongan membina sepanjang acara bermula sehingga tamat. Acara yang telah dipertandingkan ialah acara ilmiah yang bermula pada hari rabu hingga jumaat pada bulan Februari lalu. Pada hari Sabtu, acara sukan...
PERTANDINGAN ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 13-15 Februari 2019 (Rabu-Jumaat), Ma’ahad SAS telah mengadakan pertandingan ilmiah peringkat sekolah iaitu antara rumah sukan Tabuk, Yarmouk, Qadisiah dan Hunain. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk pemilihan perserta ke Masisupa Zon pada 2-4 Mac 2019. Pelbagai acara dipertandingkan seperti nasyid, bahas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, kupasan hadis, tafsir Al-Quran, syarahan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab,...
PROGRAM ZIARAH DAKWAH BERSAMA TOKOH ULAMA AD-DAIE USTAZ HASSAN AL-KAF
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 14 Februari 2019 (Khamis), Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Kesihatan Pahang telah mengadakan Program Ziarah Dakwah yang bermula pada 10-17 Februari 2019. Beberapa buah SMAN termasuk Ma’ahad SAS telah menyambut baik jemputan tersebut. Program diadakan di Dewan Saidina Ali yang melibatkan semua pelajar Ma’ahad SAS dan guru-guru bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Pengisian yang dikongsi oleh Tokoh Ulama Ad-Daie Ustaz...
MAJLIS PERASMIAN USRAH 2019
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA – 28 Januari 2019 (Isnin), Majlis perasmian Usrah 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS semasa perhimpunan pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar Badan Dakwah dan Ibadah (BADI’) untuk menerangkan secara ringkas tentang usrah yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Perasmian disempurnakan oleh Puan Noraini Binti Abdul Manap. Semoga perjalanan program ini berjalan lancar dan diberkati Allah.