HARI PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA TINGKATAN 2,3,4&5
BANDAR JENGKA - Pada 18 Mac 2023 hari Sabtu, pendaftaran sekolah dan asrama bagi pelajar Tingkatan 2,3,4&5 dijalankan di Dewan Saidina Ali pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Terdapat dua kaunter dibuka semasa hari pendaftaran iaitu kaunter kelas (yuran sekolah dan PIBG), kaunter asrama (yuran asrama). Senarai nama pelajar mengikut kelas dan dorm ditampal pada papan putih yang disediakan. Yuran boleh dibayar sekaligus atau beransur-ansur mengikut kepada kemampuan pelajar. Kedai buku sekolah turut dibuka bagi memudahkan para pelajar membeli buku dan keperluan sekolah. Bagi pelajar Tingkatan 5, mereka perlu mengambil buku teks di bilik SPBT yang terletak di Kompleks Tingkatan 6. Setelah selesai urusan pendaftran, pelajar yang mendapat asrama perlu masuk ke dorm masing-masing mengikut senarai nama yang disusun oleh pihak warden. Semoga para pelajar bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan baharu.