PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM 2022
BANDAR JENGKA – Pada 10 Oktober 2022, satu program motivasi khusus untuk pelajar SPM diadakan di Dewan Saidina Ali. Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Penceramah untuk program motivasi adalah dari iLead Strategy. Diharapkan para pelajar SPM lebih bersemangat dalam pelajaran dan sentiasa bermotivasi dalam menuntut ilmu dan memperoleh kejayaan cemerlang dalam SPM 2022.