
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA MASISUPA 2022
JENGKA - Majlis Makan Malam pada 12 Ogos 2022 bagi meraikan kejayaan pelajar yang telah berjaya di dalam pelbagai acara sukan dan ilmiah di peringkat Zon 2 yang dijalankan di SMA Al-Ihsan, Kuantan dan SMA Irsyad, Balok, Kuantan juga di peringkat Negeri yang dijalankan di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, SMA Al-Attas dan SMA Tengku Ampuan Fatimah, Pekan. Majlis tersebut telah ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru Maahad SAS.