KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MARAN
MARAN - Pada 2 Ogos 2022, Pengetua telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Kedatangan Pengetua telah disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Tn. Haji Nahran bin Haji Ishak. Pertemuan tersebut lebih merupakan sesi suai kenal bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Turut dibincangkan juga masalah kekurangan guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang belum diisi. Hasil perbincangan yang positif ini, insyaAllah akan membawa natijah yang baik di masa akan datang.