MESYUARAT AGUNG PIBG MA’AHAD SAS KALI KE-30 TAHUN 2021

MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI JENGKA –11 Disember 2021 (Sabtu), Mesyuarat Agong PIBG kali ke-30 pada tahun 2021 telah diadakan secara atas talian menggunakan medium Google Meet bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. 
 
Agenda dimulakan dengan ucapan Aluan Pengerusi, Tn. Hj Mustari Anuar Bin Samah, kemudian pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung ke-29 dan pembentangan dan pengesahan laporan aktiviti tahunan PIBG 2021 oleh Setiausaha  PIBG, En. Mohamad Naim Bin Zainudin. Seterusnya, pembentangan dan pengesahan laporan kewangan dan penyata kira-kira 2021 oleh Bendahari PIBG,  En. Ahmad Firdaus Bin Mad Sallih. Pembentangan usul dan perbahasan usul oleh YDP PIBG telah menjawab dan merespon segala usul dari ibu bapa dan penjaga. Mesyuarat selesai dengan jayanya walaupun terdapat sedikit gangguan teknikal.
 
 

Tag: #PIBG2021