PENGURUSAN PUSAKA DALAM ISLAM (1)
(“Kubur Masih Merah”)
“Sudahkan anda membuat wasiat? Sudahkah anda melantik Wasi.?”
Itulah persoalan yang sering diutarakan oleh para pegawai perancangan Harta Pusaka Islam. Penulis tidak mempersoalkan soalan tersebut, penting atau tidak?. Tetapi, mahu atau tidak, sampai ketikanya, kita atau keluarga kita pasti akan menghadapinya.
Perkataan ‘Wasi’ ini dikaitkan dengan cerita-cerita tentang pengurusan harta pusaka Islam atau faraid.
Penulis sendiri telah mengajar subjek Faraid ini kepada pelajar-pelajarku tingkatan enam yang mengambil Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Persoalan seperti bolehkah anak angkat mempusakai harta bapa angkatnya? Bolehkah saudara susuan mendapat harta pusaka ibu susuannya? Bolehkah anak yang membunuh bapanya secara tidak sengaja mendapat pusaka? Bolehkah seorang janda memperoleh harta pusaka bekas suaminya. Bolehkah anak luar nikah mendapat pusaka bapanya?
Semua persoalan tersebut difahami dan terjawab oleh pelajar-pelajar tingkatan enam yang mengambil STAM di sekolah agama. Mereka boleh merumus, siapa yang dapat, siapa yang tidak. Berapa bahagian mereka dapat? Jika tidak cukup, apa perkiraan perlu dibuat? Semuanya boleh dikira asalkan kita mengetahui asas matematik.

Perkara asas yang perlu diketahui dan disegerakan oleh setiap muslim jika berlaku kematian adalah
1- Uruskan pengkebumian.
2- Selesaikan hutang si mati (hutang dengan Allah dan hutang sesama manusia)
3- Selesaikan wasiatnya, jika ada.
4- Agihkan pusaka kepada yang berhak mempusakainya.
Setelah dibuat kajian dan ‘homework’, aku menambah perkara kelima yang harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum harta pusaka diagihkan iaitu,
5- Tentukan terlebih dahulu harta sepencarian.

Lantaran itu penulis selalu mengingatkan pelajar-pelajarnya supaya, jika berlaku kematian, pastikan anak-anak si mati yang berkumpul pada hari itu dapat membincangkan harta pusaka yang ditinggalkan. Selesaikan segera sebaik urusan pengkebumian selesai. Jangan terlalu bersopan santun dan segan dengan pantang larang keramat, ‘kubur masih merah, nak bincang bab harta.’ Ini bukan soal tamakkan harta. Tetapi itulah yang sepatutnya dan sebenarnya perlu dilakukan.
Hal ini bagi mengelakkan pertindihan masalah. Sebab itu bila berlaku kematian, akan dicatatkan tarikh kematian dan waktunya. Supaya dapat diketahui siapa yang mati dahulu, dan siapa yang mati kemudian. (Macam dialog Mahmud June dalam filem DoReMi , “Yang mana ada di sini, barang siapa yang tahu siapa yang mati dahulu (Do atau Minah), saya hadiah seratus ringgit.
Sebagai contoh, katakanlah jika berlaku kes Ahmad mati meninggalkan empat orang anak, iaitu Ali, Hasan, Husin dan Aminah. Mereka berempat menangguhkan urusan harta pusaka mereka. Masing-masing pulang dahulu dan bercadang untuk berbincang pada bulan berikutnya. Ok, Settle. Tetapi andaikata, tiba-tiba Ali meninggal dunia, dan dia sendiri mempunyai anak dan isteri, masalah sudah mula bertambah. Ali berhak mendapatkan pusaka ayahnya, Ahmad yang meninggal terlebih dahulu, untuk diwarisi oleh isteri dan anak-anaknya pula. Jika kes harta pusaka si Ahmad dan Ali ditangguh dan berlarutan masanya sehingga anak dan isteri si Ali pun meninggal, maka masalah akan menjadi semakin rumit.
Maka pada hari ini kita dapati di tanah air kita, harta umat Islam yang tidak dituntut dan dibekukan berjumlah lebih dari RM52 ribu juta (2013). Kini pada tahun 2016 jumlahnya telah mencecah RM66.6 ribu juta. Sebahagian besarnya milik orang Islam yang ada kaitannya dengan masalah faraid.
bersambung.....