Penyampaian Bakul Raya Eratkan Silaturahim Warga Maahadsas

Maahadsas telah menganjurkan program penyampaian bakul raya sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap warga sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Majlis ringkas tersebut disempurnakan oleh pihak pentadbir yang turut meluangkan masa beramah mesra dengan warga sekolah. Sumbangan ini sebagai simbol ingatan dan penghargaan atas jasa serta komitmen mereka dalam mendidik dan membangunkan institusi.

Program seperti ini diharapkan dapat terus memperkukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya saling menghargai dalam kalangan warga Maahadsas.

Tag: #maahadsas2026