Program Quran Hour 2026 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Program #QuranHour 2026 telah berjaya dilaksanakan di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini pada 11 Mac 2026 bersamaan 21 Ramadan 1447H bertempat di Dewan Saidina Ali. Program yang berlangsung pada jam 12.00 tengah hari ini menghimpunkan warga maahad bagi menghayati dan mendalami ayat-ayat suci Al-Quran.
Pada edisi kali ini, surah yang dipilih ialah Surah Al-Muzzammil. Tema bagi program Quran Hour kali ini ialah “Dunia Berbudi & Penyayang.” Para pelajar dan guru bersama-sama meluangkan masa membaca, mentadabbur serta mengambil pengajaran daripada surah tersebut bagi meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran.
Program ini turut menjadi salah satu pengisian bermakna sepanjang bulan Ramadan yang bertujuan menyemai nilai akhlak mulia, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan melalui program seperti ini, para pelajar dapat terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.