Program Munajat Perdana “Solidariti Untuk Palestine”
Pada 10 Oktober 2025 (Jumaat), Maahad SAS telah menganjurkan Program Munajat Perdana: Solidariti Untuk Palestine yang bertempat di Masjid Al Ghazali. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Program dimulakan dengan perarakan ke Masjid Al Ghazali pada jam 8.20 pagi, diikuti dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, bacaan Yassin dan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.
Seterusnya, peserta mengikuti tayangan video mengenai situasi di Palestin yang memberi kesedaran tentang penderitaan umat Islam di sana. program diteruskan dengan tayangan video “Sumud Flotilla” yang menyorot perjuangan dan ketabahan rakyat Malaysia menghantar misi bantuan ke Gaza.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya menyemai semangat keprihatinan dan perpaduan dalam kalangan pelajar terhadap perjuangan rakyat Palestin serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya doa dan solidariti umat Islam sejagat.