Perkongsian Prestasi Percubaan SMA dan SPM 2025: Anak Cemerlang Sekolah Gemilang
Bandar Jengka, 10 Oktober 2025 (Jumaat) – Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini telah mengadakan Program Perkongsian Prestasi Percubaan SMA dan SPM 2025 bertemakan “Anak Cemerlang Sekolah Gemilang” bertempat di Dewan Saidina Ali
Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi ini bertujuan untuk berkongsi keputusan dan prestasi pelajar dalam peperiksaan percubaan serta memberikan motivasi kepada mereka menjelang peperiksaan sebenar.
Majlis turut memberi ruang kepada guru-guru dan pelajar untuk membincangkan strategi peningkatan prestasi akademik serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing. Program ini diharap dapat menyuntik semangat baharu kepada calon-calon SMA dan SPM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akan datang.