KEM BOOST SMA & SPM ZON 2 2025 DI MA’AHAD SAS

Bandar Jengka, 3 Oktober 2025 – Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini (MSAS) menjadi tuan rumah bagi Kem SMA dan SPM Boost Zon 2 2025 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 3 hingga 5 Oktober 2025.

Program ini mensasarkan pelajar sederhana dan berpotensi daripada Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) zon 2 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama dan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini.

Sepanjang kem, para peserta diberi bimbingan oleh guru-guru cemerlang dalam pelbagai mata pelajaran utama SMA dan SPM yang dijemput daripada sekolah harian serta sekolah agama di seluruh zon berkenaan.

Penganjuran kem ini dijangka memberi impak positif dalam melahirkan calon peperiksaan yang lebih bersedia serta meningkatkan tahap keyakinan pelajar menghadapi SMA dan SPM 2025.

Tag: #maahadsas2025 #kemboostson2