Program Literasi Sahsiah, Buli dan Seksual Tingkat Kesedaran Pelajar Ma’ahad SAS
Bandar Jengka, 25 September 2025 – Pihak Ma’ahad SAS telah menganjurkan Program Literasi Sahsiah, Buli dan Seksual bertempat di Dewan Saidina Ali hari ini. Ceramah ini telah disampaikan oleh INSP Mohd Hanif bin Dzulkifli yang merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi Maahadsas 2025.
Program ini bertujuan membentuk peribadi pelajar yang lebih berakhlak, menghormati antara satu sama lain serta memahami batas pergaulan dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga diharap dapat menjadi platform pendedahan awal kepada pelajar mengenai bahaya perlakuan buli dan gangguan seksual yang sering berlaku dalam kalangan remaja masa kini.
Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program ini serta berharap agar nilai murni yang diterapkan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian pelajar.