Sambutan Maulidul Rasul Meriah di Ma’ahad SAS

Bandar Jengka, 12 September 2025 – Ma’ahad SAS telah mengadakan Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah yang dianjurkan di bawah unit Kerohanian 4K bertempat di Masjid Al-Ghazali, Ma’ahad SAS. Program yang berlangsung pada Jumaat, 12 September 2025 itu dihadiri oleh semua guru dan pelajar.

Program bermula seawal 8.00 pagi, warga Ma’ahad SAS berarak sambil berselawat menuju ke Masjid Al-Ghazali dalam suasana penuh kesyukuran dan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sebaik tiba di masjid, program diteruskan dengan ceramah Maulid yang disampaikan oleh Dr. Asjad bin Mohamed pada jam 8.30 pagi. Ceramah tersebut memberi pengisian bermakna mengenai keperibadian Rasulullah SAW serta pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah berharap agar penganjuran program seperti ini dapat menyemai kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Tag: #maahadsas2025