Enam Pelajar Ma’ahad SAS Wakili Negeri Pahang ke KESSUMA 2025

Bandar Jengka, 3 September 2025 – Seramai enam orang pelajar Ma’ahad SAS terpilih untuk mewakili Negeri Pahang dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (KESSUMA) 2025 yang akan berlangsung di Pulau Langkawi.

Pemilihan ini merupakan satu penghormatan besar kepada warga Ma’ahad SAS kerana melibatkan pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang sukan di peringkat negeri. Mereka akan menggalas tanggungjawab besar membawa nama sekolah serta negeri dalam kejohanan berprestij tersebut yang menghimpunkan atlet daripada sekolah-sekolah menengah agama seluruh Malaysia.

Pihak sekolah menzahirkan rasa bangga atas pencapaian pelajar terbabit dan menyeru seluruh warga Ma’ahad SAS agar bersama-sama mendoakan kejayaan pasukan ini agar mampu membawa pulang kejayaan gemilang untuk Negeri Pahang.

Tag: #maahadsas2025