
Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-68 Meriah di Ma’ahad SAS
11 Ogos 2025 | Dewan Saidina Ali – Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke-68 dengan tema “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Azmy Murad bin Mohamed Yatim, Pengetua Ma’ahad SAS.
Acara ini bertujuan memupuk semangat patriotisme dan menghargai perjuangan kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah.