
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Ma’ahad SAS 2024
2 Ogos 2025 | Dewan Saidina Ali – Majlis Apresiasi Kecemerlangan Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini 2024 telah berlangsung meriah dengan kehadiran pelajar, guru, dan tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengetua, Tn. Hj. Azmy Murad bin Mohamed Yatim, diikuti ucapan perasmian oleh YH Dato’ Hj. Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah JAIP.
Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah bagi pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 hingga 3, Hafazan Tertinggi, Peperiksaan SMA 2024, dan Peperiksaan SPM 2024. Turut disampaikan Anugerah Khas seperti Pelajar Cemerlang Kokurikulum, Anugerah Mata Pelajaran Guru SMA & SPM, Anugerah Pelajar Mithali, serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024.
Majlis ini bertujuan menghargai usaha gigih warga sekolah dalam mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.