
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 Perkukuh Jalinan Ibu Bapa dan Guru
Dewan Saidina Ali, Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, sekali lagi menjadi saksi kepada penganjuran Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 pada Sabtu, 2 Ogos 2025. Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh YH Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md Zain, DIMP., AMP., Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, yang turut menyampaikan amanat dan harapan agar kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh demi kecemerlangan pelajar.
Mesyuarat ini menjadi medan perbincangan konstruktif mengenai agenda pembangunan sekolah serta pembentangan laporan tahunan PIBG. Turut memeriahkan suasana, pihak penganjur menyediakan cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada kehadiran para ibu bapa dan hadirin.