Ceramah Perdana Maal Hijrah 1447H Ma’ahad Sultan Ahmad Shah Ad Dini 2025

Alhamdulillah, pada 26 Jun 2025 (Khamis) telah berlangsung Ceramah Perdana Maal Hijrah 1447H bertempat di Dewan Saidina Ali, Ma’ahad Sas Jengka.

Ceramah penuh pengisian ini telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fikri bin Hamzah Timbalan Qadhi Daerah Jengka, yang menyentuh tentang penghijrahan jiwa ke arah lebih baik, kekuatan iman dan peranan individu dalam membina masyarakat Islam yang harmoni.

Semoga segala pengisian yang dikongsikan memberi manfaat dan menjadi titik permulaan kepada penghijrahan rohani kita ke arah yang lebih baik. 

Tahniah & terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran program ini!

Tag: #maahadsas2025 #MAALHIJRAH