Program iqra’ lestari
BANDAR JENGKA, 22 Jun 2025 – Program IQRA’ Lestari yang berlangsung selama tiga hari dari 20 hingga 22 Jun 2025 telah berjaya menarik penyertaan aktif daripada para pelajar seluruh tingkatan di Ma’ahadSAS. Program yang berlangsung dari hari Jumaat hingga Ahad ini bertujuan memupuk budaya ilmu, kreativiti dan sahsiah dalam kalangan pelajar melalui pelbagai bentuk pertandingan dan aktiviti.
Pelbagai pertandingan telah dianjurkan dalam program ini antaranya pertandingan pantun, teka silang kata, karangan bahasa arab, melukis poster, pertandingan selawat dan explorace.
Salah satu tarikan utama program ini adalah tayangan filem yang dibuka kepada semua pelajar.
Program anjuran Maktabah Darul-Hikmah ini telah mendapat sambutan hangat dan berjaya menjadi platform menyatukan pelajar melalui aktiviti yang membina, selaras dengan usaha membentuk generasi berilmu, beradab dan kreatif.