MA’AHADSAS TUAN RUMAH MASISUPA NEGERI KALI KE-41

BANDAR JENGKA, 25 Mei 2025M / 27 Zulkaedah 1446H– Majlis Perasmian Penutupan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) kali ke-41 tahun 2025 telah diadakan di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato' Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

Turut  hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH  Dato' Zaliza bin Zulkipli, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang, YH Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, YH Tuan Zaidi bin Ismail.

Tag: #masisupa2025 #maahadsas2025