Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang

Bertaqwa, Beramal, Berilmu

Papar Artikel

KELAS ONLINE MATEMATIK TAHFIZ BESTARI 2024 (PAKAR MATEMATIK)

Jumaat 13.12.2024
9.00 hingga 11.00 mlm.
Malam ni Kelas Online Matematik bersama prof Dr  Zahari Othman . Tajuk penekanan pada malam ini ialah Sin Kos Tan Trigonometry.
Inilah antara kelebihan yang ada pada SMARTBOARD... macam-macam boleh guna... 
Kita juga boleh atur pembelajaran secara online dengan mana-mana guru pakar melalui GM sahaja dan secara tak langsung dapat menjimatkan kos perjalanan, penginapan dan makan guru Pakar tersebut. Syukur...
Semoga yang terbaik untuk pelajar...

Tag: TahfizBestari2024

Papar Artikel

Peperiksaan SMA 2024

09.12.2024
Peperiksaan SMA Bermula
Alhamdulillah seramai 59 orang pelajar Tingkatan 4 Tahfiz Bestari menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama ( SMA ) tahun 2024.
Semoga yang terbaik untuk pelajar-pelajar ini dan kecemerlangan bersama mereka.

Tag: TahfizBestari

Papar Artikel

KELAS PENGUKUHAN ALGEBRA MATEMATIK 2024

Alhamdulillah pengajaran Matematik dengan penggunaan SMARTBOARD amat membantu kefahaman anak-anak pelajar dan PdPC guru dapat ditingkatkan dengan efektif sekali. 
10 & 11 Disember 2024 ( Selasa & Rabu )
9.00 hingga 10.30 malam.
Kelas Pengukuhan Algebra Siri ke 3 dan Siri ke 4 bersama Pakar MATEMATIK Cikgu Wan Masol dari SMK Dato' Mahmud Mat Pekan Pahang khas untuk pelajar Tingkatan 5 Tahfiz Bestari.

PdPC dengan bantuan SMARTBOARD membolehkan Cikgu Wan Masol menunjukkan cara...

Tag: TahfizBestari