Khatam 30 Juzuk Al-Quran dan Qiamullail bersama Ustaz Mostafa Kamel
Ahad 15.12.2024
Alhamdulillah Tahniah ustaz Mostafa Kamel yang telah menghidupkan awal pagi ini dengan Khatam Al-Quran 30 juzuk bersama 140 orang pelajar lelaki dan perempuan. Setiap seorang membaca satu juzuk Al-Quran selama sejam suku dari pukul 4.00 pagi. Setelah selesai Khatam Al-Quran pelajar-pelajar bersama-bersama berqiamullail dan diimami oleh Ustaz Mostafa..
syukur Alhamdulillah.. semoga barakah bumi KULLIAH...aaminnn
PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 4 TAHFIZ BESTARI TELAH DIBUKA
Permohonan TahfizBestari Tingkatan 4 , Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar hanya dibuka pada tarikh berikut:
10 Disember 2024 - 10 Januari 2025
10 Disember 2024 - 10 Januari 2025
Bagi mendapatkan borang permohonan , tuan/puan boleh scan QR-CODE yang tertera .
SPEAKING DRILL SPM STUDENT 2024 (TahfizBestari)
Tarikh : 14 Disember 2024
Masa: 9.00 - 11.00 pagi
Masa: 9.00 - 11.00 pagi
Guru : Sir Mishkatuddin
Perkara : Speaking Drill ( Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun terdahulu)
Perkara : Speaking Drill ( Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun terdahulu)
Tahniah dan syabas untuk usaha
PROGRAM SIFAR RASIB MATAPELAJARAN TAUHID STAM 2024
Sabtu 14.12.2024
9.00 hingga 11.00 pagi
bertempat di Dewan SHAS,Kulliah.
Program sifar Rasib ini telah dijayakan bagi Madah Tauhid STAM 2024 yang diketuai oleh Ustazah Fauziah , dibantu oleh Ustazah Noor Nain dan Ustazah Wan Aina Mardhiah berjalan dengan lancar.
bertempat di Dewan SHAS,Kulliah.
Program sifar Rasib ini telah dijayakan bagi Madah Tauhid STAM 2024 yang diketuai oleh Ustazah Fauziah , dibantu oleh Ustazah Noor Nain dan Ustazah Wan Aina Mardhiah berjalan dengan lancar.
Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah korbankan masa dan tenaga di hari cuti ini. Semoga kejayaan menjadi milik para pelajar dan guru . Syukur Alhamdulilah