BENGKEL KECEMERLANGAN SPM & SMA
8 Sepetember .. Gambang .... Seramai 71 orang pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan menghadiri bengkel peningkatan akedemik di Gambang Resorts City. Para pelajar telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan dan latih tubi yang dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman dari dalam dan dalam Kulliah. Pelajar-pelajar juga menyertai aktiviti rehat minda di kolam renang.
BENGKEL BAHASA ARAB SPM DAERAH PEKAN
7 September 2017 ... Pekan ... Seramai 119 orang pelajar daripada 6 buah sekolah Daerah Pekan telah menyertai bengkel Bahasa Arab SPM anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pekan dengan kerjasama Kulliah. Bengkel sehari itu dikendalikan oleh Guru Pakar Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF), Ustazah Rajihan Binti Mohammed. Pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah pemarkahan dan bentuk-bentuk soalan SPM. Semoga Bengkel ini dapat meningkatkan pencapaian Bahasa Arab...
MAJLIS QURBAN PERINGKAT KULLIAH
4 September 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah berjaya melaksanakan ibadat Qurban pada hari Isnin di Kulliah Sultan Abu Bakar. Pihak guru dan kakitangan bekerjasama menguruskan ibadat Qurban dengan menyembelih 3 ekor lembu sumbangan YAB Ahli Parlimen Pekan, juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahi al-Hamdu.
MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN DAN PERPISAHAN WARGA KULLIAH
25 Ogos 2017 ... Pekan ... Pihak Kulliah telah mengadakan Majlis Meraikan persaraan dan perpindahan warga Kulliah. Warga Kulliah yang terlibat ialah:
1. Encik Abdul Rahim - Bersara Wajib
2. Ustazah Azizah binti Daud - Berpindah Ke SMA Al-Ihsan
3. Ustaz Mohd Mustaqim - menamatkan perkhidmatan secara pilihan.
4. Encik Badrul Hisham - Berpindah ke JAIP
5. Cik Ruwaida - Berpindah ke SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan.
Pihak Kulliah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang...
1. Encik Abdul Rahim - Bersara Wajib
2. Ustazah Azizah binti Daud - Berpindah Ke SMA Al-Ihsan
3. Ustaz Mohd Mustaqim - menamatkan perkhidmatan secara pilihan.
4. Encik Badrul Hisham - Berpindah ke JAIP
5. Cik Ruwaida - Berpindah ke SMA Tengku Ampuan Fatimah Pekan.
Pihak Kulliah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang...