PERASMIAN PUSAT PELUPUSAN AL-QURAN JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

17 Julai 2017... Pekan ... Majlis Perasmian Pusat Pelupusan Al-Quran Jabatan Agama Islam Pahang telah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Pekan. Majlis dirasmikan oleh YH Dato' Haji Mohamad Nor bin Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Turut hadir KPP Bahagian Penyelidikan JAIP, KPP Bahagian Pendidikan JAIP, Al-Fdhil Qadhi Daerah, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang dan wakil agensi-agensi kerajaan. 

Di dalam ucapan perasmian, YH Dato' Pengarah menyatakan faktor utama pembinaan pusat pelupusan al-Quran ini adalah rentetan daripada banjir besar yang melanda negeri Pahang tahun 2014. Banjir tersebut telah memusnahkan banyak mushaf al-Quran dan buku-buku agama. Pelaksanaan pelupusan melalui syarikat swasta memerlukan perbelanjaan yang tinggi iaitu hampir RM 6 bagi sekilo. Sehubungan dengan itu, JAIP telah mengambil inisiatif membeli dan membina peralatan khas dengan kos hampir 30 ribu ringgit. 

Dengan wujudnya pusat pelupusan ini, diharapkan semua pihak dapat mewar-warkan khidmat yang ditawarkan oleh JAIP bagi melaksanakan tuntutan syarak dalam kaedah yang benar bagi pelupusan ayat-ayat suci al-Quran.

Tag: Pusat Pelupusan Al-Quran