PENGAJARAN DARIPADA ISU PALESTIN

Palestin adalah isu agama dan sejagat, itu antara peringatan yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Sabri bin Muda (aktivis Aman Palestin dan Mudir Akademi Tahfiz Indera Mahkota) dalam ceramahnya kepada pelajar Kulliah semalam.  Ceramah yang bertajuk "Pengajaran Daripada Isu Palestin" ini diadakan di Dewan SAS adalah sempena minggu cakna Palestin yang dicernakan ideanya oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kulliah sesi 2019 dengan kerjasama Aman Palestin yang merupakan sebuah NGO yang begitu komited dalam memberi kesedaran kepada warga Malaysia berkaitan isu Palestin.  

Cermah yang bermula jam 8.00 malam, menyentuh permasalahan rakyat Palestin yang telah dinafikan hak kenegaraan serta memberi info berkaitan usaha yang boleh dilakukan oleh warga pelajar untuk menyumbang kepada saudara seakidah mereka di Palestin.  Disamping itu, ia menjuruskan kepada memberi fakta yang betul berkaitan Masjidil Aqsa, Gaza serta usaha warga Palestin mempertahankan wilayah milik mereka. ceramah diakhiri dengan sesi soal-jawab antara pelajar dan penceramah.

Pihak Kuliah mengucapkan setinggi rasa terima kasih kepada Ustaz Sabri bin Muda, Aman Palestin dan MPP atas usaha menjayakan Minggu Cakna Palestin yang telah berjaya mengumpul wang untuk membantu saudara seaqidah di bumi Palestin.

Tag: Kulliah Aman Palestin Palestin