PROGRAM SINERGI HEP FASA 1
Pekan, 14 Februari 2017 ( Isnin )- Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah mengadakan Program Sinergi HEP Fasa 1. Program Sinergi HEP Fasa 1 adalah melibatkan beberapa program utama iaitu "Jom Ke Sekolah & Guru Penyayang, Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar dan Pelancaran 4K yang dikelolakan di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar.
Program “Jom Ke Sekolah & Guru Penyayang” adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku pelajar. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep “ Sekolah Selamat” dan Amalan Guru Penyayang,. Diharapkan program ini akan menjadi murid yang lebih positif.
Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar bagi Institusi pendidikaan di Kulliah melalui satu Pilihan Raya yang diakan bagi memilih pemimpin pelajar atau pembantu kepada guru-guru disiplin bagi melancarkan dan memantapkan Kulliah. Justeru itu secara tidak langsung mampu melahirkan individu cemerlang akademik dan berakhlak mulia, disiplin disamping itu merupakan seorang pemimpin yang dihormati dan berwibawa.
Program seterusnya ialah Pelancaran 4K ( Kebersihan, Keceriaan, Kerohanian, Keselamatan ) adalah merupakan satu program yang berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan Infrastruktur yang selamat. Persekitaran yang bersih dan ceria akan memberangsang Suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Program ini merupakan program tahunan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang.
Turut hadir Tuan ASP Mat Yatin @ Mohd Sayde Bin Che Wil Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM Pekan ia selaku perasmi Program Sinergi HEP Fasa 1 dan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua warga Kulliah Al-Lughah Wadiin As-Sultan Abu Bakar Pahang. Pada masa yang juga Watikah Perlantikan disampaikan sendiri oleh Tuan ASP Mat Yatin @ Mohd Sadye Bin Che Wil kepada Majlis-Majlis Perwakilan Pelajar diiringi oleh Tuan Pengetua, Encik Mohammad Bin Ab Rahman dan Puan Muna Binti Ismail. Disamping itu, Tuan ASP. Juga telah menyerahkan Peti Aduan Pelajar. Akhir sekali program berakhir pada jam 10.45 pagi.