PERSEDIAAN MENGHADAPI UJIAN LISAN STAM 2019

Bersempena Ujian Lisan STAM akan bermula minggu depan (23/7 hingga 2/8),  Kulliah telah mengadakan minggu simulasi ujian lisan tersebut disepanjang minggu ni.  Disepanjang tempoh ini, calon-calon dilatih agar tidak gugup untuk menghadapi ujian tersebut disamping mengenalpasti tahap persediaan calon untuk menghadapi sesi ujian yang bermula minggu hadapan.  Lantaran itu, pagi tadi (19/7/19) telah diadakan latihan memahirkan pertuturan di dalam Bahasa Arab yang dikendalikan oleh Ustaz Firas Tahawi.  Pelajar didedahkan dan dilatih untuk memahirkan dengan pelbagai situasi dalam kehidupan agar mereka dapat memberi respon yang terbaik ketika menduduki ujian tersebut. Pada petang ini pula akan diadakan sesi khas seminar STAM untuk tips menduduki ujian lisan akan dikendalikan oleh ustazah Rajihan bt Mohamed. Sesi seminar untuk calon lelaki telah selesai diadakan pada 11 Julai yang lalu. Pihak Kulliah mendoakan agar kesemua calon STAM 2019 dapat memberikan prestasi terbaik dalam ujian lisan nanti dan seterusnya meraih kecemerlangan dalam peperiksaan STAM pada oktober nanti.

بالتوفيق والنجاح

 

Tag: Kulliah stam Ujian Lisan STAM