USTAZ NAZARI DALAM KENAGAN

19 Februari 2018 ... Pekan ... Pada tanggal 2 Jamadilakhir 1439 H, telah kembali ke rahmatullah seorang pendidik Kulliah al-Lughah waddin as-Sultan Abu Bakar Pahang. Beliau ialah Ustaz Nazari bin Ahmad. Beliau mula berkhidmat di Kulliah bermula 1.5.2003. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat di SMA al-Attas Pekan, SMA Chenor dan Ma'ahad as-Sultan Haji Ahmad Shah Jengka.

Hampir 15 tahun beliau berkhidmat di Kulliah, pelbagai cabaran dan rintangan yang ditempuhi beliau dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar Kulliah. Beliau merupakan guru pakar dalam subjek Hadis dan lepasan Universiti al-Azhar Mesir. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan memasukkan beliau ke Syurga Firdaus al-a'la. Amin Ya Rabbal amin

Tag: Ustaz Nazari