KEMPEN PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KULLIAH BERMULA
6 Januari 2018 .... Pekan ... Majlis Penamaan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2018 telah diadakan di Dewan SHAHS Kulliah semalam.Seramai 35 orang pelajar lelaki dan 39 orang pelajar perempuan telah dicalonkan sebagai MPP 2018. Semua calon akan memulakan kempen bermula hari ini sehingga 9 Januari ini. Calon yang mendapat undian terbanyak akan dilantik menjadi Majlis Perwakilan Pelajar iaitu seramai 24 lelaki dan 30 perempuan.
Kemeriahan kempen bermula hari ini dengan semua calon telah menggantungkan poster masing-masing dan memulakan sesi penerangan manifesto masing-masing. Semoga aktiviti ini akan melahirkan pelajar yang mengetahui konsep pemilihan dalam pilihanraya.