MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

Pada 31 Mac 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi, keputusan SPM 2025 telah diumumkan di Dewan SHAHS, Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar.

Majlis disempurnakan oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran yang turut menyampaikan cenderahati kepada pelajar cemerlang (5A hingga 9A). Pencapaian yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pentadbir, guru-guru dan ibu bapa dalam memperkasa kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar secara holistik.

Pihak sekolah akan terus komited dalam melahirkan generasi huffaz yang seimbang dan berdaya saing.

Tag: KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR