KELAS INTQAN ADAB (KITAB) STAM 2.0
PEKAN, 18 JANUARI 2025 / 18 REJAB 1446H (SABTU)
Seramai 325 orang pelajar STAM telah menyertai sesi KITAB 2.0 bersama guru-guru mata pelajaran Adab dan Nusus STAM. Sesi ini diketuai oleh Ustazah Arnee Faizah binti Zulkeflee selaku Ketua Panitia Madah Tafsir dengan dibantu oleh Ustazah Nur Amira Najihah binti Zulkifli, Ustaz Ahmad Syifa'q bin Mahmad, dan Ustazah Luthfiah Nur Hanin binti Rosdi.
Kelas yang berlangsung di Dewan Shah Kulliah pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini turut mendapat sokongan penuh daripada Encik Saiful Saari, Encik Muhaimi, Encik Suhaimi, Encik Safri, dan Encik Ubadah selaku AJK Unit Multimedia Kulliah yang memastikan kelancaran perjalanan sesi.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan ilmu pelajar STAM dan membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang Adab dan Nusus.