PAHANG MUNCUL NAIB JUARA KESELURUHAN MISSMAM 2017

 Pulau Pinang, Kontijen Pahang muncul Naib Juara Keseluruhan di Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (MISSMAM) kali ke-4 apabila  apabila berjaya merangkul 3 pingat Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Kejohanan pada tahun ini telah diadakan di Ma'ahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau Pulau Pinang pada 4 - 6 Ogos 2017.
    Kontijen Pahang berjaya meraih 3 pingat Emas melalui acara Nasyid Perempuan, Hafazan Al-Quran Lelaki dan Kuiz Dini. Manakala 1 Perak dimenangi melalui acara Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki dan 1 Gangsa melalui acara Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen. Ini merupakan pencapaian terbaik kontijen Pahang semenjak MISSMAM diperkenalkan mulai tahun 2014.
    Majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup MISSMAM kali ke-4 ini telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato' Sri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Tag: MISSMAM 2017