BENGKEL TAHSIN AL-QURAN SMA

Bahagian Pendidikan JAIP telah menganjurkan Bengkel Tahsin Al-Quran bagi calon-calon Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2017. Pada tahun ini hampir 700 orang calon SMA dari Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) mengikuti bengkel ini.
    Bengkel ini diadakan serentak di empat zon bermula pada 4 hingga 6 Ogos 2017. Bagi Zon 1 SMA Bukit Ibam dipilih menjadi tuan rumah.  Zon 2 bertempat di Ma'ahad SAS Jengka, Zon 3 di SMA Al-Ittifaqiah Guai Temerloh manakala SMA Al-Falah Batu Talam Raub menjadi tuan rumah bagi zon 4.

Tag: TAHSIN QURAN SMA