MOTIVASI PELAJAR LEPASAN SPM DAN STAM

Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan  program motivasi bagi pelajar lepasan STAM secara atas talian. Program bermula jam 8.30 pagi dengan slot ceramah motivasi bertajuk 'Detik Ini Satu Erti Kehidupan' yang disampaikan oleh ust Ahmad Syukri bin Sodin Pengetua SMA Al-Attas..
   Program bersambung dengan slot 'Bicara Padang Sahara' yang membawakan lintas langsung dari pelajar Universiti Al-Azhar Mesir. Majlis turut diserikan dengan Tausiah Khas yang disampaikan  YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri Pahang. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JAIP, Timbalan Pengarah, Pengetua dan guru-guru SMAN Pahang.

Tag: MOTIVASI PELAJAR SPM DAN STAM