BENGKEL PEMBELAJARAN ABAD KE-21

    Unit Kurikulum JAIP telah mengadakan Bengkel pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) untuk guru-guru SMAN dan SMAR Pahang. bengkel selama 2 hari ini telah diadakan di Dewan Utama Jabatan Agama Islam Pahang pada 25-26 Ogos 2020.
   Bengkel ini dikendalikan oleh team SISC yang diketuai oleh Cikgu Annzuleedia binti Mohamad dari PPD Pekan. Beliau turut dibantu oleh Cikgu Rohaiza binti Amiruddin dari PPD Jerantut dan Cg Mohd Ridhwan bin Mazlam dari SMK Chanis Muadzam Shah. Sesi perkongsian ilmu turut diadakan dan disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Abdul Ghani bin Awang , Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang.
   Semua peserta telah didedahkan dengan teknologi ICT dalam pendidikan. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Haji Zakaria bin Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

Tag: PAK21