LAWATAN KERJA PENGARAH JAIP KE SMA DONG DAN BATU TALAM

Raub , Pengarah JAIP YH. Dato' Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha telah membuat lawatan rasmi ke SMA Al-Falah Batu Talam dan SMA Al-Ulum Addiniah Dong Raub pada 24 Julai 2019.
    Sepanjang tempoh lawatan ini, YH Dato'  Pengarah mengadakan program ramah mesra bersama guru-guru dan kakitangan di kedua-dua buah sekolah. Di samping itu, beliau turut merasmikan program Tahfiz Al-Quran 2.0 di SMA Al-Falah Batu Talam serta sudi menyampaikan sijil halal kepada pengusaha dewan makan asrama di sekolah tersebut.
   Dalam lawatan ke SMA Dong, YH. Dato' sempat meninjau dan melawat asrama baru sekolah berkenaan di samping meninjau keadaan dapur asrama yang memerlukan kos pembaikpulihan. Beliau juga berkesempatan meninggalkan kenangan di sekolah berkenaan dengan menanam pokok rambutan sebagai tanda kenangan.
    Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah JAIP, Pemangku KPP Bahagian Pendidikan, Al-Fadhil Kadi Daerah Raub dan beberapa orang pegawai JAIP.

Tag: Lawatan kerja