PAHANG MUNCUL NAIB JUARA KESELURUHAN KESSUMA KE-20

Pasukan Pahang muncul naib juara keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia kali ke-20 yang berakhir pada 19 Julai yang lalu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kontijen Pahang berjaya membawa pulang 2 pingat Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa.
  Kedua-dua pingat emas ini disumbangkan oleh pasukan badminton lelaki dan perempuan. Manakala pingat Perak melalui acara bola tampar lelaki. Tiga pingat gangsa pula diperolehi melalui pasukan ping pong wanita, bola jaring dan bola sepak.
  Kontijen Terengganu dinobatkan juara keseluruhan bagi kejohanan tahun ini.

Tag: PAHANG NAIB JUARA KESELURUHAN KESSUMA 2019