80 CALON STAM PAHANG MENDAPAT KEPUTUSAN MUMTAZ

PEKAN, Seramai 80 orang calon Sijil Tinggi Agama Malaysia di Pahang memperolehi keputusan MUMTAZ dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016. Pengumuman rasmi kepuusan STAM Pahang telah dibuat di Dewan SHAS Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan pada hari ini oleh YH Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, Timbalan Pengarah JAIP. Daripada jumlah ini, seramai 14  orang calon mendapat keputusan MUMTAZ SOFI iaitu 13 orang dari Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan dan seorang calon dari Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka.
     Pada tahun 2016 seramai 885 orang calon telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan STAM di Pahang. Namun begitu hanya 804 calon sahaja yang hadir menduduki peperiksaan ini di 4 buah sekolah iaitu Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, SMA Al-Khairiah Temerloh, Ma'ahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Bandar Jengka dan SMA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku Kuala Lipis.
    Peratus lulus bagi tahun 2016 ialah 77.46% telah meningkat sebanyak 6.49% berbanding 70.97% pada tahun 2015. Manakala Gred Purata Negeri (GPN) bagi 2016 ialah 2.85 turut meningkat sebanyak 0.12 berbanding tahun 2015 sebanyak 2.97.
    SMa Al-Khairiah Temerloh, muncul sebagai sekolah yang mencatatkan peningkatan kelulusan paling mendadak dengan 60% iaitu peningkatan sebanyak 14.55% berbanding tahun 2015 hanya 45.45%.

Tag: KEPUTUSAN STAM 2016