KURSUS WARDEN SMAN SIRI 1/2017
TEMERLOH, Unitit Naziran dan HEP Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan kursus selama satu hari untuk warden asrama SMA Pahang. Kursus ini telah diadakan di Dewan SMA Al-Khairiah, Temerloh pada 17 Januari 2017. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap pengurusan asrama SMA Pahang. Kursus ini telah dihadiri seramai 130 orang warden dari 18 buah SMA Pahang.
Ucaptama kursus ini telah disampaikan oleh Ustzh Apidah binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah Kanan Unit Naziran yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan turut hadir sama sepanjang kursus ini ialah Ust Lebai Idris bin Ali, Penolong Pengarah Unit Ko-Kurikulum dan HEP JAIP.
Sepanjang kursus ini, semua peserta diberi pendedahan berkenaan tatacara pengurusan asrama berkesan yang telah disampaikan oleh Cikgu Husain bin Mohamed yunus, pengetua SMA Rompin. Disamping itu peserta juga dapat berkongsi pengalaman dengan SMA Chenor yang merupakan antara sekolah terbaik dalam pengurusan asrama.
Bahagian Pendidikan JAIP, berharap pendedahan ini dapat memberi manfaat khususnya kepada guru-guru yang baru dilantik menjadi warden dan dijangka akan mengadakan lagi kursus lanjutan untuk siri 2 nanti.