MB RAIKAN PELAJAR SMAN KE MESIR

KUANTAN, YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah meraikan pelajar SMA Kerajaan Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun ini. Majlis meraikan pelajar ini telah diadakan di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur Kuantan pada 8 April 2019 jam 10.00 pagi.
   Dalam majlis ini, seramai 105 orang pelajar telah menerima sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM1000 seorang yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang sendiri. Ibu bapa dan pelajar amat teruja dengan keperihatinan kerajaan negeri. Sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa dalam menghantar anak mereka ke luar negara.
    Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YAB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang. Yang Hormat Dato' Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Yang Hormat Dato' Haji Mahmud bin Mohd Nawawi CEO Yayasan Pahang, Yang Berbahagia Prof Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin Naib Canselor Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Yang Hormat Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz Timbalan Pengarah JAIP, 

Tag: MB RAI PELAJAR KE MESIR