BENGKEL PENATARAN KITAB STAM 2017

Bandar Tun Razak Jengka, Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan Bengkel Penataran Kitab STAM 2017 bertempat di Ma'ahad Sultan Ahmad SHAH Ad-Dini Bandar Pusat Jengka pada 11 - 12 Januari 2017. Bengkel ini telah dikendalikan oleh tenaga pakar STAM yang terdiri dikalangan guru-guru STAM Pahang.
     Bengkel selama 2 hari ini amat memberi manfaat kepada guru-guru terutama bagi mereka yang baru pertama kali mengajar kelas STAM. Bengkel ini melibatkan kesemua 10 mata pelajaran STAM yang terdiri daripada Hifz Al-Quran, Adab & Nusus, Tauhid * Mantiq, Tafsir, Nahu & Sorf, Hadis Balaghah, Fiq & Mirath Insyak & Muthalaah serta Arudh & Qafiah.

Tag: PENATARAN KITAB STAM