ZON 2 MUNCUL JUARA KESELURUHAN MASISUPA KALI KE-35

JERANTUT, Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Menengah Agama Pahang (MASISUPA) kali ke-35 telah melabuhkan tirainya pada 26 Mac 2019 yang lalu. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini telah menyaksikan kontijen Zon 2 yang diwakili oleh SMA Al-Ihsan, Ma'ahad SAS Jengka, SMA Maran dan SMA Pulau Tawar telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN untuk temasya kali ini. Lebih manis lagi Zon 2 turut muncul Juara Keseluruhan bagi acara Sukan.
    Manakala Zon 1 yang dianggotai oleh Kulliah Sultan Abu Bakar, SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMA Al-Attas, SMA Rompin, SMA Bukit Ibam, SMAR Ganchong dan SMAR Al-Irsyad telah muncul sebagai Juara Keseluruhan bagi kategori Ilmiah. MASISUPA kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang yang turut berkenan merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
    Bagi edisi kali ke-36 tahun 2020, SMA Chenor telah dipilih sebagai tuan rumah.

Tag: ZON 2 JUARA KESELURUHAN