LAWATAN DELIGASI UAE KE SMAN

Lawatan deligasi Yayasan Khalifa bin Zayed Al-Nahyan dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) ke SMAN Pahang telah diadakan pada 5 hingga 8 Mac 2019. Tujuan lawatan ini adalah bagi mengadakan pertemuan dengan pengetua SMA Kerajaan Pahang dan guru-guru bantuan arab UAE yang berkhidmat di SMA Pahang bagi menilai keberkesanan pelaksanaan PdP mereka.
   Ahli rombongan telah mengadakan lawatan ke  sekolah yang ada khidmat guru-guru bantuan arab UAE. Antara sekolah yang dilawati adalah Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, SMA Tengku Ampuan Fatimah, SMA Al-Attas, SMA Rompin, SMA Al-Ihsan, SMA Chenor, SMA Al-Wosto, SMA Al-Khairiah dan Ma'ahad SAS Jengka.

Tag: Lawatan UAE